Pada asalnya sekolah ini dinamakan sebagai Government Junior
Secondary of Jesselton yang menumpang di Maktab Sabah. Encik Anthony Deseria
iaitu pengetua pertama telah berkhidmat selama 4 tahun (1966 - 1970). Pada
ketika itu,sekolah ini hanya mempunyai 12 buah kelas peralihan iaitu dari tahun
1970 sehingga 1971. Selepas itu, bilangan kelas telah bertambah menjadi 19 buah
kelas manakala guru pula seramai 32 orang. Sehubungan dengan penambahan
tersebut, sekolah ini tidak lagi sesuai menumpang di Maktab Sabah.
Oleh itu, bangunan baru dibangunkan dan dinamakan sebagai
Sekolah Menengah Kebangsaan Likas yang sesuai kedudukannya yang terletak
berhampiran dengan Kampung Likas. Sekolah ini dibina untuk keselesaan pelajar
yang bilangannya semakin bertambah. Pengetua pada ketika itu ialah Encik Theo
Then Wah yang telah berkhidmat dari tahun 1971 - 1974.
Bangunan yang kekal sehingga sekarang telah dirasmikan oleh
Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah Datuk Harris Bin Mohd Salleh pada hari
Jumaat 14 Julai 1978 bersamaan dengan 8 Syaaban 1398 dan pengetua pada masa itu
ialah Encik Liew Yun Enn. Tahun demi tahun bilangan pelajar,kelas dan guru
semakin bertambah.
Pada tahun 1980, Encik Ahmad Saad telah menjadi pengetua.
Pada ketika itu,kelas telah bertambah menjadi 25 buah kelas dan guru pula
seramai 42 orang. Pada Julai 1993, bilangan murid semakin ramai iaitu seramai
1361 manakala guru bertambah sebanyak 68 orang.
Encik Aslie Bin Sahat telah berkhidamat sejak tahun 2004
sehingga 2006 sekali gus menjadi pengetua yang ke-12 SMK Likas. Bilangan
pelajar,guru serta kelas telah bertambah dengan banyak iaitu 1450 pelajar,
36buah kelas dan 76 orang guru.
No comments:
Post a Comment